expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 10 July 2015

HOME





Sepintas lalu

Phoenix Calibre Group Sdn Bhd, merupakan sebuah syarikat bumiputera yang bergiat secara aktif memberi perkhidmatan pengurusan jual dan beli hartanah tanah, rumah, kedai dan komersial. Terlibat secara langsung menjalankan kerja-kerja hiasan dalaman dan binaan. Selain itu, pembekalan dan pembuatan pelbagai jenis perabot untuk keperluan semua juga menjadi salah satu diantara bidang perniagaan Phoenix Calibre Group Sdn Bhd. Membekal, trading, perniagaann import export, mewakili, menjalankan, menjadi perantara dan membekal komoditi tempatan dan luar negara (Petroleum dan Bahan Mentah Sawit (CPO), Minyak Masak) juga adalah asas penting dalam bidang perniagaan Phoenix Calibre Group Sdn Bhd.

Kepada para pelabur yang yang berminat untuk melabur dalam projek jual beli minyak di Malaysia, Russia, Indonesia dan Filipina, tetapi tidak mempunyai kontak secara langsung dengan kenalan tempatan, kami bersedia untuk membantu anda dalam apa jua cara yang mungkin. Potensi pelaburan merangkumi pelbagai aspek dari segi kerjasama perniagaan, perkongsian, pelaburan, dan sebagainya. Kami sedang mencari pelabur / rakan kongsi untuk mengembangkan Usahasama Pembangunan Hartanah di Malaysia, perniagaan perdagangan minyak dan operasi kami.

Sebagai kesimpulannya, Phoenix Calibre Group Sdn Bhd sememangnya akan sentiasa berusaha untuk melaksanakan setiap projek yang telah ditawarkan oleh pelanggan dengan sempurna agar Phoenix Calibre Group Sdn Bhd mampu mencapai satu tahap yang optimum dalam bidang perniagaan selain menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat perdagangan bumiputera yang terbaik.